Indahnya Sastera...
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.
Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.
Sastera dan masyarakat
Hubungan sastera dan masyarakat sangat erat. Keeratan ini dilihat dari sudut pengkaryaan iaitu merujuk kepada segala yang berlaku dipersekitaran. Berkaitan dengan pertalian antara masyarakat dan persekitaran semasa berkarya, Diana Laurenson dan Alan Swingewoods (1972:13), menyatakan bahawa hubungan masyarakat dan persekitaran sangat rapat dan saling melengkapi untuk memahami isu-isu masyarakat dan sejarah. Kesusasteraan mempunyai hubungan dengan kehidupan masyarakat dan dalam erti kata lain, ianya juga merupakan salah satu cara bagi seseorang untuk melahirkan semula pengalamn hidup dalam bentuk penulisan.
Sastera Melayu Lama
Sastera berasal daripada bahasa sanskrit ertinya tulisan atau bahasa. Susastera ertinya bahasa yang indah, iaitu hasil ciptaan bahasa yang indah, indah dalam pengertian yang telah dinyatakan di atas. Jadi kesusasteraan ialah pengetahuan mengenai hasil seni bahasa, perwujudan getaran jiwa dalam bentuk tulisan.Kesusasteraan lama mempunyai ciri-ciri tersendiri yang terdiri daripada corak-corak tertentu seperti corak politik, corak sosial, corak ekonomi, corak pendidikan dan corak masyarakat (berbentuk pemerintahan beraja).Selain itu, pada umumnya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu dimulai oleh ulama-ulama Islam atau penulis-penulis sesudah Islam yang masuk ke tanahair kita. Pengaruh rasa keagamaan atau rasa ketuhanan tampak pada kalimah-kalimah mereka yang merupakan ciri khas dalam bahasa mereka.
Sumber: http://hartathi.tripod.com/sateramelayulama.html

Bentuk-bentuk Kesusasteraan
Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Dan secara kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, yakni:
Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera dan sebagainya.
- Prosa
- Puisi

Sastera Melayu boleh dibahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
- Sastera Rakyat
- Sastera Istana
- Sastera Hikayat
- Sastera Panji
- Sastera Epik
- Sastera Sejarah
- Kisah Nabi-nabi dan Tokoh-tokoh Islam
- Sastera Kitab
- Sastera Undang-undang dan Ketatanegaraan
- Kepustakaan Ilmu Tradisional.