Definisi Pantun
Dalam masyarakat Melayu, pantun telah diterima sebagai puisi Melayu asli dan terawal berbanding dengan puisi-puisi lain.Bentuk yang berangkap-rangkap merupakan ciri sebuah puisi. Dalam hal ini, Za'ba menyatakan fungsi pantun dalam masyarakat Melayu telah meluas sebelum mereka tahu menulis lagi.
Berkaitan dengan bentuk pantun pula,pantun terdiri daripada karangan berangkap yang mempunyai empat baris serangkap, Setiap baris mempunyai 8 hingga 12 suku kata. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
SUMBER: sastera Melayu, suatu pengantar.
Pantun Nasihat
Kalau harimau sedang mengaum
Bunyinya sangat berirama
Kalau ada ulangan umum
Marilah kita belajar bersama
Hati-hati menyeberang
Jangan sampai titian patah
Hati-hati di rantau orang
Jangan sampai berbuat salah
Buah berangan dari Jawa
Kain terjemur disampaian
Jangan diri dapat kecewa
Lihat contoh kiri dan kanan
Anak ayam turun sepuluh
Mati satu tinggal sembilan
Tuntutlah ilmu dengan sungguh-sungguh
Supaya engkau tidak ketinggalan
Ada ubi ada batas
Ada budi ada balas
Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan merana
Sumber : http://pantoenfull.wordpress.com/2008/07/28/kumpulan-pantun-nasehat/
Contoh pantun dua kerat
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Contoh Pantun empat kerat
Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam prahu,
suruh makan dia makan,
suruh mengaji dia tak mahu.
Contoh pantun lapan kerat
Permata jatuh ke rumput,
Jatuh kerumput berbilang-bilang,
Ditempuh dilanda jangan,
Rumput pahit bersela-sela.
Dari mata tidaklah luput,
Di hati tak mahu hilang,
Siang menjadi angan-angan,
Malam menjadi mimpi pula.
Bunyinya sangat berirama
Kalau ada ulangan umum
Marilah kita belajar bersama
Hati-hati menyeberang
Jangan sampai titian patah
Hati-hati di rantau orang
Jangan sampai berbuat salah
Buah berangan dari Jawa
Kain terjemur disampaian
Jangan diri dapat kecewa
Lihat contoh kiri dan kanan
Anak ayam turun sepuluh
Mati satu tinggal sembilan
Tuntutlah ilmu dengan sungguh-sungguh
Supaya engkau tidak ketinggalan
Ada ubi ada batas
Ada budi ada balas
Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan merana
Sumber : http://pantoenfull.wordpress.com/2008/07/28/kumpulan-pantun-nasehat/
Contoh pantun dua kerat
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Contoh Pantun empat kerat
Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam prahu,
suruh makan dia makan,
suruh mengaji dia tak mahu.
Contoh pantun lapan kerat
Permata jatuh ke rumput,
Jatuh kerumput berbilang-bilang,
Ditempuh dilanda jangan,
Rumput pahit bersela-sela.
Dari mata tidaklah luput,
Di hati tak mahu hilang,
Siang menjadi angan-angan,
Malam menjadi mimpi pula.