Tentang aku....
Nama saya Siti Nur Hidayat binti Romlan. Saya dilahirkan pada 27 September 1989 di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai. Dahulu saya tinggal di Pasir Puteh, kemudian telah berhijrah dan sekarang menetap di Kuala Krai bersama keluarga. Saya merupakan anak yang pertama daripada tiga orang adik beradik. Kedua-dua orang adik saya masih lagi belajar di sekolah menengah. Masing-masing berada di tingkatan 4 dan tingkatan 6 (sedang menduduki peperiksaan STPM pada waktu ini). Saya berasal daripada keluarga yang sederhana, dimana mempunyai 5 orang ahli keluarga iaitu ibu dan bapa saya, dua orang adik dan saya. Walaupun keluarga kami kecil, tetapi kami tetap bahagia.
Saya menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gong Garu, Pasir Puteh Kelantan. Kemudian masuk ke tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 di sekolah Menengah Kebangsaan Gaal, juga di Pasir Puteh. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat STPM di sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut selama dua tahun.
Selepas menamatkan persekolahan dan lulus di peringkat STPM pada 2008. Pada pertengahan 2009, saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM), Bacelor Sastera (Pengkhususan Kesusasteraan Melayu). Saya masih lagi menuntut di Universiti Putra Malaysia sehingga ke hari ini. Kursus ini memakan masa selama tiga tahun dan saya akan menamatkan pengajian pada tahun hadapan.
Dalam mengikuti kursus sastera ini, banyak yang telah saya belajar. Selain belajar berdasarkan kursus semata-mata, kami juga diajar untuk menjadi manusia yang berguna. Contohnya, para pensyarah turut menyelitkan tentang pelbagai isu sama ada yang terdahulu mahupun yang terkini. Pembelajaran juga turut dikaitkan dengan ilmu akhirat dan bukannya duniawi semata-mata.
Selama dua tahun berada disini, pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi. Pahit dan manis tetap diharungi dengan penuh sabar. Berkat doa kedua orang tua, alhamdulillah segalanya saya harungi.