VIDEO PERTAMA-Semua Tentang Kita Cover Vision...
Ini adalah hasil kerja yang pertama kumpulan kami 'BARA' untuk memenuhi tuntutan subjek BBK 3408 (Sastera Dalam Multimedia). Kami perlu menghasilkan satu klip video 'miming'. Kami dikehendaki untuk memilih satu lagu dan buat jalan cerita berdasarkan lagu yang dipilih. Lagu yang dipilih oleh kumpulan kami ialah 'semua tentang kita' nyayian 'Peterpan'. Dan ini adalah hasil kerja kami yang pertama, saksikanlah.
Video Kedua AMUK dari BARA Production
untuk video kedua ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan silent video. Kami semua perlu melakokan aksi yang menunjukkan raut wajah yang ketakutan dan dalam keadaan senyap. Kami hanya perlu menunjukkan riak wajah takut untuk menggambarkan perasaan itu. Kumpulan kami, BARA Production, telah memilih tajuk AMUK untu video kedua ini.
Disebalik tabir pembikinan Video AMUK
Disebalik tabir ini, saya hanya buat sekadar untuk suka-suka. Hanya untuk tontonan ahli kumpulan kami. Dari sini juga kami belajar bagai mana cara untu menyunting video dengan baik.
Video ketiga Cover vision untuk lagu Kalau Berpacaran.
Untuk video ketiga ini kami dikehendaki untuk menyanyi sambil menari. Video ini juga perlu dirakam dalam bentuk satu hala. Dalam video ini juga kami perlu menunjukkan interaksi dengan kamera. Kali ini kami memilih lagu yang agak happening sikit iaitu lagu Kalau Berpacaran nyanyian Ana Rafali. Video ini agak susah juga sebab kena menari, walau pun kami ni tak berapa pandai menari tapi, semuanya enjoy masa buat video ni.