Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam dalam seni lain seperti drama atau lirik.Puisi juga adalah karangan berangkap. Karangan ini terikat kepada bentuknya yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rima dan irama, dan jumlah suku kata. Menurut sasterawan negara, Za'ba, puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.
Puisi Melayu termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif). Pengkelasan puisi Melayu boleh dibuat berdasarkan bentuk, isi/tema, dan fungsi. Berdasarkan kepada pengkelasan ini, jenis-jenis puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua belas iaitu pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teka teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun (sesomba), prosa berirama (prosa lirik), dan dikir (zikir.
AKU SEORANG MUSLIMAH
Aku Muslimah,
Pada awalnya aku tidak mengerti,
Keislamanku kerana keluargaku islam..
Islam ku jalani dengan penuh tuntutan adat istiadat...
Tiba-tiba aku "Gamang"
Sebahagian rutin ku dengan islam ada yang tidak berkesinambungan...
Aku ingin tahu, aku mencari... dan terus mencari..
Ku abaikan setiap kata orang..
Ku abaikan setiap pandangan orang,
Kerana ianya hanya melemahkan semangat..
Aku berjuang keras saat nafsu dan syaitan berkuasa keatas diriku..
Terkadang terasa sakit,
Terkadang rasa lemahnya iman..
terkadang rasa ingin putus asa...
Namun ku gagahkan diri,
kuatkan semangat,
Demi mencari keredhaan...
Ya Allah,
berikan aku kesempatan melangkah...
Ya Allah,
biarkan aku bersama muslimah...
Ya Allah,
berkatilah setiap yang aku lakukan..
Ya Allah
izinkan aku menjadi hamba yang taat dan anak yang solehah..
Ya Allah,
redhakan syurga untukku,
seandainya layak untuk aku menggapainya.
INSYA ALLAH....
Oleh : Yatt Romlan
Aku Muslimah,
Pada awalnya aku tidak mengerti,
Keislamanku kerana keluargaku islam..
Islam ku jalani dengan penuh tuntutan adat istiadat...
Tiba-tiba aku "Gamang"
Sebahagian rutin ku dengan islam ada yang tidak berkesinambungan...
Aku ingin tahu, aku mencari... dan terus mencari..
Ku abaikan setiap kata orang..
Ku abaikan setiap pandangan orang,
Kerana ianya hanya melemahkan semangat..
Aku berjuang keras saat nafsu dan syaitan berkuasa keatas diriku..
Terkadang terasa sakit,
Terkadang rasa lemahnya iman..
terkadang rasa ingin putus asa...
Namun ku gagahkan diri,
kuatkan semangat,
Demi mencari keredhaan...
Ya Allah,
berikan aku kesempatan melangkah...
Ya Allah,
biarkan aku bersama muslimah...
Ya Allah,
berkatilah setiap yang aku lakukan..
Ya Allah
izinkan aku menjadi hamba yang taat dan anak yang solehah..
Ya Allah,
redhakan syurga untukku,
seandainya layak untuk aku menggapainya.
INSYA ALLAH....
Oleh : Yatt Romlan
PadaMu Ya Allah...
Dugaan cabaran bersilih ganti
Menduga kekebalan dan keteguhan Iman
Berikan daku kekuatan
Menghadapi ujian Mu ini
Ya RahmanYa Rahim
Kepada Mu aku memohon
Kepada Mu aku meminta
Cekalkanlah hati hamba Mu ini
Ku menadah tangan sambil berdoa
Ya Allah
Jadikanlah diriku muslimah sejati
Jadikanlah diriku anak yang soleh
Jadikanlah diriku hamba yang taat
Berikanlah aku Hidayah Mu
Berikanlah aku sinar Nur mu
Lindungilah diriku dari segala kekufuran
Sesungguhnya kepada Mu aku berserah
Dibawah naungan Mu aku berlindung
Segala cintaku dan rinduku
Hanya untuk Mu Ya Allah
Kasih abadi yang hakiki.
Oleh: Yatt Romlan
Menduga kekebalan dan keteguhan Iman
Berikan daku kekuatan
Menghadapi ujian Mu ini
Ya RahmanYa Rahim
Kepada Mu aku memohon
Kepada Mu aku meminta
Cekalkanlah hati hamba Mu ini
Ku menadah tangan sambil berdoa
Ya Allah
Jadikanlah diriku muslimah sejati
Jadikanlah diriku anak yang soleh
Jadikanlah diriku hamba yang taat
Berikanlah aku Hidayah Mu
Berikanlah aku sinar Nur mu
Lindungilah diriku dari segala kekufuran
Sesungguhnya kepada Mu aku berserah
Dibawah naungan Mu aku berlindung
Segala cintaku dan rinduku
Hanya untuk Mu Ya Allah
Kasih abadi yang hakiki.
Oleh: Yatt Romlan